MENGENAI KAMI

Objektif

Projek Dokumentasi Putera.com atau PDP ialah inisiatif daripada ahli Putera.com. Segala informasi berguna seperti artikel, manual, tips & tutorial yang dihasilkan akan didokumentasikan dibawah satu laman portal yang boleh dilawat oleh semua pengguna internet di Malaysia untuk mendapatkan maklumat serta panduan terutama pengguna permulaan (freshie).

Adakah akan kami kekal begini ?

Oh sudah tentu tidak. Kami sekarang sedang membina satu 'portal' baru yang akan dinaikkan bila-bila masa sahaja. Jadi diharap anda bersabar dan kekal 'bersama' kami di sini !

Tahap Pengguna (USER LEVEL)

Apa yg ingin diterapkan di dalam projek dokumentasi putera.com (PDP) - ahli boleh menyumbangkan artikel masing-masing (LEVEL 3), ada ahli panel pemantau kandungan untuk memastikan kesahihan maklumat (tentunya juga dia boleh menyumbang artikel sekali ) (LEVEL 2), pengubah antaramuka dan coding (LEVEL 1) dan juga root (apa-apa je la he he)

Guest (LEVEL 4) boleh view aje la. kelebihan menjadi ahli di dalam PDP nanti ialah, bila tutorial @ artikel semakin banyak - tak praktikal kalau dia download semuanya. so-dia boleh tanda (bookmark) artikel favourite dan bila dia login semula, dia tahu artikel mana yang dia nak baca.

Selain itu, ada fungsi built-in utk contributor utk compose artikel sendiri di mana seseorang tersebut boleh copynpaste di dalamnya serta upload gambar sekali. Benda-benda ini akan dimasukkan kat satu "inkubator" di mana setelah diluluskan oleh jawatankuasa pemantau, ia akan kelihatan pada umum. Sekiranya tidak, ia kekal dlm 'inkubator' tu.

Fungsi search semestinya utk cari artikel by date, author dan topik. antara topik yg aku cadangkan termasuklah open source, network, os, hardware, software dan lain-lain lagi.

Ada juga forum khas utk para jawatankuasa pemantau berbincang mengenai kemusykilan mengenai satu-satu artikel yang dipos oleh contributor. Ia bertujuan utk mengesahkan kesahihan artikel tersebut dan error-free.

Ini semua dalam perancangan aku lagi ni. oleh kerana ada penaja, kami mungkin akan outsource benda ni since byk keje lagi kena buat selain code+design web PDP ini.

Sekian, terima kasih.

Siapa kami ?

Kami hanyalah pengguna internet biasa. Seperti anda, yang pada mulanya juga tidak tahu apa-apa. Kami hanya berdua buat masa ini, jika anda berminat untuk turut serta dalam projek ini jangan malu atau segan untuk berhubung dengan kami.

Izwan (izwan"@"gawab.com)
DarkWan (the_darkwan"@"yahoo.com)

Kembali ke menu

 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.