Tidak ! Saya bukan bercerita mengenai 'Digital PDP'. Saya bercerita mengenai Projek Dokumentasi Putera.com. Kita percaya bahawa kita belajar apabila kita diajar. Dengan pelajaran juga bagaimana, kita belajar sesuatu yang baru yang kita tidak belajar atau temui semasa pembelajaran yang biasa. Kita belajar apabila diajar. Kita mengajar apabila diajar.
Ada beberapa orang - mungkin mereka bangga dengan diri mereka, dan mereka tidak mahu mengajar orang lain. Mereka selalu fikir bahawa mereka adalah orang yang tinggi darjatnya berbanding orang lain. Jadi, mereka tidak mahu mengajar. Sebenarnya dengan fahaman seperti ini, kita percaya bahawa - mereka hanya mempunyai ilmu yang sedikit. Dengan hanya berlagak tahu sesuatu, sebenarnya mereka tidak ada apa-apa !
Teknologi komputer dibahagikan dari perkakasan, perisian dan sebagainya. Terdapat banyak perkara yang kita boleh belajar. Umpamanya dalam perisian, kita ada pangkalan data (database), pengaturcaraan (programming), multimedia, sekuriti (sekuriti) dan pelbagai lagi cabang-cabang yang lain. Jadi, tidak ada sesiapa yang boleh mengisytiharkan diri mereka tahu semuanya! Tiada sesiapa pun, termasuklah kapitalis seperti Bill Gates sehinggalah orang yang bersifat rendah diri dan jujur seperti Linus Torvalds.
Mungkin anda sedang berada di puncak sekarang. Seorang pentadbir sistem (system administrator) dari mana-mana syarikat; sedang mentadbir sebuah pelayan (server) talian T1 dari rumah anda. Anda sedang menari di langit sekarang - tetapi jangan lupa di mana anda bermula dan dari mana anda muncul. Anda tidak lahir dengan keupayaan atau skil yang luar biasa dan anda tidak mengambilnya dari DNA keluarga anda. Anda dapat semuanya dari ilmu orang lain, yakni dari tulisan orang lain. Sesuatu kurang di sini - ya, saya tahu sekarang - mereka buat DOKUMENTASI!!
Sokong dan bantulah kami sekarang dengan menyumbang artikel berkaitan komputer anda. Hantarkan kepada kami di izwanz"@"gmail.com. Jangan risau, semua artikel yang ditulis oleh anda akan dikredit kepada anda. |