Make your own free website on Tripod.com

CARA-CARA UNTUK MENJADI SEORANG HACKER

Ditulis semula oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

Fail-fail yang dipadam dari disket, cakera keras atau kebanyakan storan, masih berpeluang ditemui semula dengan menggunakan perisian Restoration 2.5.14. Utiliti ini serasi Windows 95/98/ME/2000/NT/XP, tidak perlu dipasang pada sistem dan boleh dijalankan dari disket. Meskipun fail yang dimbasnya seperti berjaya dikembalikan, namun tiada jaminan isinya adalah tepat. Pada asasnya, fail yang dipadam mungkin berjaya dikembalikan jika pemacu yang diimbas masih memiliki ruang kosong dan fail itu baru sahaja dipadamkan.

Menurut penciptanya, pengguna utiliti ini dijangka tidak menghadapi sebarang masalah melibatkan pepijat, kerana ia tidak melaksanakan penulisan pada sektor-sektor fizikal cakera. Tetapi, salah satu fungsinya yang boleh memadam fail sepenuhnya akan menggantikan sektor-sektor fizikal. Utiliti ini menyokong PC serasi IBM, yang menggunakan cakera keras, disket, pemacu ZIP, PD, DVD-RAM, Smart Media, dan pemacu Memory Stick (berdasarkan ujian yang dibuat) selain menyokong sistem fail FAT12/FAT16/FAT32/NTFS.

Cara penggunaan

Setelah utiliti ini dipindah terima, dwiklik pada fail "Restoration.exe", yang diekstrak dari fail yang boleh "diekstrak sendiri" atau fail zip. Bagi Windows 95/98/Me, fail "DLL32.dll" dan "DLL16.dll", ia sepatutnya berada di dalam folder yang sama dengan fail "Restoration.exe", tetapi kedua-duanya tidak diperlukan bagi Windows NT/2000/XP. Jika "Do not show hidden or System files" dipilih dari menu "Folder Options" dari "Explorer", dua fail tadi tidak kelihatan. Untuk memudahkan anda, sediakan folder dan pintasan utiliti ini.

Jika "byte" pertama fail yang dicari tidak diketahui, utiliti ini akan menggantikannya dengan aksara "$". Anda boleh menaipkan nama lengkap atau sebahagian nama fail yang hendak dicari ke dalam ruang yang disediakan selain mencari fail berdasarkan sambungannya, seperti ". TXT". Jika kekotak berlabel "Include used clusters by other files" ditandakan, maka lebih banyak fail akan ditemui. Namun fail tersebut memiliki kebarangkalian kecil untuk dikembalikan dengan baik jika "clusters" fail sasaran digunakan oleh fail lain.

Apabila kekotak berlabel "Include even if the file size is zero" ditandakan, utiliti ini akan mengimbas dan menemui lebih banyak fail. Bagaimanapun, pilihan ini hampir tiada maknanya kerana ia seperti mencipta fail baru yang kosong (tetapi kandungan fail tersebut tiada) dengan menggunakan nama serupa. Apabila pencarian yang biasa selesai, sebuah mesej akan muncul untuk memastikan samada anda mahu mengimbas "clusters" yang masih kosong. Jika anda masih tidak menjumpai fail yang dicari, sila tekan bebutang "yes".

Pilih salah satu fail di dalam senarai dan klik bebutang "Restore by copying" untuk menentukan lokasi bagi mengembalikan fail yang dipilih. Anda disaran agar memilih pemacu yang berbeza dari pemacu pencarian bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dengan data asal. Jika fail merupakan fail termampat dari NTFS, ia akan dinyah-mampat dan dikembalikan. Anda juga boleh mengimbas semua "clusters" dengan mengklik menu "Others", kemudian "Scan All Clusters", dan seterusnya menjawab kekotak dialog yang dipaparkan.

Di samping itu, fail boleh dihapuskan sepenuhnya dengan memadam semua "clusters" yang kosong dengan menindannya dengan angka rawak dan sifar. Selepas itu, hapuskan semua maklumat dan rekod fail dengan menggunakan angka rawak dan sifar. Caranya, klik "Others", kemudian "Delete Completely" pada barisan menunya. Seterusnya, jawab kekotak dialog yang muncul. Utiliti ini boleh dipindah terima di tapak Web penciptanya di alamat 0http://hccweb1.bai.ne.jp/~hcj58401/, www.sofotex.com, atau www.webattack.com.

 

Kembali ke menu

 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.