TUKAR START DALAM WINDOWS

Diambil dari Winguides
Ditulis semula dalam Bahasa Malaysia dan ditambah oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

    Pernahkah anda terfikir untuk menukar pautan Start pada komputer anda? Mungkin nama anda atau syarikat anda yang tidak melebihi 5 huruf atau kurang? Artikel ini menerangkan cara menukarnya secara manual.

    Secara manual jika anda ingin menukar butang Start ini anda memerlukan editor fail binary (Hex editor) untuk mengubah fail kritikal sistem Windows, oleh itu artikel ini tidak digalakkan bagi pengguna yang tidak berpengalaman. Cara ini telah dicuba diatas platforum Windows 95, 98,
ME, 2000 dan XP dan boleh dikatakan selamat. Walaupun begitu, kami tidak bertanggungjawab keatas kerosakan sistem atau kehilangan data.

    Seperti yang dikatakan, anda memerlukan hex editor dipasang didalam komputer anda, terdapat pelbagai jenis produk dan jika anda tidak mempunyai satu dapatkannya didalam laman web 'shareware' yang akan menunjukkan pelbagai pilihan, untuk tweak ini kita hanya memerlukan 'features' yang asas.

    Fail yang perlu ditukar ialah Windows Explorer, adalah sangat baik jika anda membuat salinan terlebih dahulu sebelum mengubah sesuatu. "explorer.exe" boleh ditemui didalam directory Windows, selalunya C:\WINDOWS untuk 95, 98, Me & XP dan C:\WINNT untuk Windows NT/2000. Buat satu salinan "explorer.exe" dan letakkannya didalam satu lagi directory baru, C:\BACKUP boleh menjadi satu pilihan yang baik.

    Buat satu lagi salinan asli "explorer.exe" dan namakannya "explorer1.exe", kemudian buka "explorer1.exe" didalam hex editor anda.

    Anda sekarang perlu mencari perkataan "Start", walaupun terdapat banyak entry untuk "Start" dialam fail hanya satu yang digunakan untuk melabel butang Start tersebut. Gunakan fungsi search yang terdapat didalam hex editor untuk mencari semua strings yang sama dengan "S t a r t" yang mewakili "3 00 74 00 61 00 72 00 74" di dalam hex values (nilai hex). Terdapat banyak "Start" strings oleh itu anda perlu terus mencari sehingga anda menemui satu ayat sebelum perkataan ini "There was an internal error and one of the windows you were using has been closed.". Dibawah adalah senarai offsets yang boleh membantu anda mencari perkataan yang betul.

Windows 98
Offset: 0x00028D6E - 0x00028D76
Windows NT4
Offset: 0x00028BEE - 0x00028BF6
Windows ME
Offset: 0x00033DDE - 0x00033DE6
Windows 2000
Offset: 0x0003860E - 0x00038616
Windows XP
Offset: 0x000412B6 - 0x000412BE
Hasilnya sepatutnya sama seperti dibawah..

Setelah anda menemui string tersebut, anda kemudian bolehlah mengubat "Start" dengan karakter pilihan anda. Anda perlu menukar dengan 5 huruf yang lain, jika kurang, anda perlu tukar huruf yang lain dengan selang.Didalam contoh ini, kita akan mengganti "START" dengan "Guide", setelah anda menukar ia akan jadi lebih kurang seperti dibawah.

Kemudian save file "explorer1.exe" didalam directory Windows, dan pastikan yang anda sekarang mempunyai dua fail Explorer didalam directory Windows, dan kedua-duanya patut sama dalam saiz tetapi mempunyai berlainan tarikh modified.

Langkah seterusnya bergantung kepada sistem operasi anda. Lakukan mengikut sistem operasi anda

Windows 95, 98 & ME
Keluar ke DOS (atau gunakan boot disk dari Windows ME) dan pada command prompt tukarkan arahan kepada Windows directory dan namakan "explorer.exe" kepada "explorer.old". Kemudian copy fail modified baru Explorer "explorer.exe" kepada "explorer.exe". Lakukan directory listing dan pastikan bahawa "explorer.exe" mempunyai recent modified date dan time. Restart komputer anda dan Windows sepatutnya akan muncul bersama-sama dengan butang "START' yang baru.

Windows NT
Mula-mula tutup semua aplikasi yang terbuka dan buka Command Prompt, dan switch semula kepada GUI dan buka Task Manager. Cari "explorer.exe" proses dan end it, anda sekarang sepatutnya hanya tinggal command prompt dan task manager. Kembali semula kepada command prompt dan tukar kepada Windows directory, namakan "explorer.exe" kepada "explorer.old", dan salin fail modified baru Explorer "explorer1.exe" kepada "explorer.exe". Lakukan directory list dan pastikan mempunyai recent modified date dan time. Kembali semula kepada Task Mangar dan buka "New Task" dan taip "explorer.exe" dan ini sepatutnya mengload semula shell bersama dengan modified "Start" yang baru.

Windows 2000 and XP
Buka registry editor dan cari [HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon]. Cari "Shell" dan tukarkannya kepada "explorer1.exe". Tutup registry editor anda dan restart. Untuk membalikkan semula cara tadi, ubah nilai "Shell" dan set semula kada "explorer.exe"

Jika semuanya berjalan dengan lancar, anda akan melihat butang Start yang baru, dan diharap anda akan dapat mempelajari mengenai strukut fail Explorer. Jika anda menghadapi masalah dengan kerosakan Explorer, gantikan dengan salinan Explorer yang telah anda salin sebelumnya.

 

Kembali ke menu

 
 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.