MAIN GAME STARCRAFT ONLINE TANPA CD-KEY ORIGINAL

Ditulis oleh slymer
Ditulis semula oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

    Kebanyakan pengguna/gamers di Malaysia menggunakan perisian permainan yang tidak sah. Ini akan terjadi apabila seseorang itu cuba memasuki server berbayar Battle.net yang memerlukan seseorang itu meletakkan CD-Key original untuk memulakan permainan. Server FSGS down jadi ada satu lagi server yang anda boleh main secara percuma berbanding dengan BATTLE.net. Perbezaannya ialah cuma jumlah pengguna server. Jika anda bermain melalui server Battle.net maka jumlah pengguna yang disambung dengannya ialah diantara 50 000 ke 200 000 user yang online melalui Broodwar.

    Berikut adalah cara-cara yang perlu anda lakukan untuk main di server lain (percuma). Langkah pertama ialah anda perlu kemaskini (update) versi Starcraft anda kepada versi 1.09b dan seterusnya buat seperti dibawah. Muatturun (Download) versi 1.09b di http://www.battle.net

START/RUN/ regedit
HKEY_CURRENT_USER/Software/Battle.net/Configuration

    Jika anda tidak dapat menemui Battle.net seperti diatas. Sila semak semula konfigurasi anda. Anda perlu update Starcraft anda pada versi 1.09b. Seterusnya.. klik tetikus kanan pada Battle.net gateways, pilih modify kotak seperti dibawah akan terpapar...

    OK. Disinilah 'magik' akan berlaku. Kita akan mengubah server "uswest.battle.net" kepada server 'free' kita sendiri. Jadi, kita boleh terus connect dan main secara percuma :). Anda cuma perlu ikut bulat-bulat seperti dibawah.

    211.174.51.90 adalah IP bagi server Korea bernama GamePDS yang akan menggantikan server Battle.net yang berbayar. Kemudian klik OK. Apabila anda membuka semua 'gateway' pilih sahaja antara keempat server yang ada kerana semuanya telah di'set' sebagai server GamePDS, oleh itu anda boleh pilih mana-mana area (Asia/U.S East/West) kerana ia akan connect ke server yang sama. Seterusnya apabila anda 'tiba' di server tersebut, anda akan diminta untuk mendaftar nick anda serta akan auto join channel #USA. User yang main server ini adalah sekitar 5000 pada waktu malam.

Tips: Jika anda ingin tahu sama ada user itu online atau tidak, gunakan command ini
/watch NICK didalam channel
Contoh:
/watch slymer

 

Kota Kata
IP = Internet Protocol

Kembali ke menu

 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.