MAINTENANCE (SELENGGARA KOMPUTER) : Disk Cleanup

Tips ditulis oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

 

    Kenapa anda perlu menghantar komputer anda ke kedai komputer yang jaraknya mungkin jauh dari rumah/pejabat anda dengan hanya sebab yang mudah iaitu 'maintenance komputer' atau menyelenggara komputer anda. Disini saya, akan memberikan anda beberapa panduan yang boleh anda buat sendiri untuk komputer anda tanpa menghantar komputer anda ke kedai yang mungkin akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan yang boleh disiapkan sendiri dan tanpa mengeluarkan duit minyak dan tenaga.

    Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah Disk Cleanup. Fungsi ini terdapat pada sistem Windows 98, Me dan XP. Klik pada ikon My Computer dan paparan cakera keras anda akan kelihatan. Klik tetikus kanan pada drive anda, C atau D. Bergantung kepada partion yang anda lakukan. Lihat bawah

Seterusnya, klik pada Properties.

Paparan ini akan muncul. Ini adalah paparan cakera keras (hard disk) anda. Warna biru pada carta pai bermaksud ruang yang telah digunakan manakala warna pink adalah ruang yang masih kosong dan masih belum diisi. Kemudian, klik pada Disk Cleanup.

Inilah aplikasi Disk Cleanup yang telah disediakan oleh Microsoft.Tujuan perisian ini adalah untuk menghapuskan fail 'junk' dan fail-fail sementara (temporary). Downloaded Program Files ialah fail-fail Installer yang kadangkala akan terpapar apabila anda melayari sesuatu laman web yang akan meminta anda memuat turun sesuatu perisian. Perisian tersebut seterusnya akan disimpan di dalam folder ini. Temporary Internet Files ialah fail-fail sementara apabila anda melayari sesebuah laman web. Grafik-grafik didalam laman web tersebut akan disimpan didalam cakera keras anda, seterusnya apabila anda melayari semula laman web tersebut, web tersebut akan 'loading' dengan cepat kerana proses muat turun grafik dan data berkurangan kerana grafik yang akan diload telah berada didalam komputer anda. Recycle Bin, mengandungi semua data/fail yang anda delete (buang) seperti fail tugasan Microsoft Word yang anda delete. Selamat dibuang sekiranya anda pasti bahawa anda betul-betul tidak mahu lagi fail tersebut kerana setelah anda membuangnya anda tidak dapat mendapatkannya kembali. (Anda boleh mendapatnya kembali, tetapi anda harus memasang satu perisian terlebih dahulu yang akan saya ceritakan nanti). Temporary Files, mengandungi fail-fail sementara didalam komputer anda. Fungsinya lebuh kurang sama dengan Temporary Internet Files, jika anda membuka sesuatu dokumen Microsoft Word, fail tersebut akan disimpan sementara didalam folder Temporary ini. WebClient/Publisher Temporary Files, mengandungi cache yang akan menambahkan kelajuan sistem anda. Fail ini selamat dibuang. Catalog files for the Content Indexer mengandungi 'log' Search anda. Fail ini juga selamat dibuang. Semua fail-fail yang saya perihalkan tadi boleh dilihat dengan pautan View Files. Setelah anda berpuas hati, tandakan tick pada pilihan fail yang anda mahu buang. Seterusnya klik OK. Satu kotak pertanyaan akan keluar dan klik OK. Seterusnya kotak seperti dibawah akan muncul.

Proses mencuci ini mungkin akan mengambil masa bergantung kepada fail yang telah anda pilih dan juga kandungan 'junk' file didalam hard disk anda. Jika banyak maka masa yang akan diambil agak lama. Proses ini selamat jika dilakukan setiap kali. Proses ini harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi pengguna Internet. Tips selenggara seterusnya akan saya bina selepas ini.

 

Kosa Kata
Partion/Partition = Pembahagian cakera keras kepada beberapa bahagian.
Junk = Nama lain untuk fail yang tidak berguna dan melambatkan sistem anda.

 

Kembali ke menu

 
 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.