MAINTENANCE (SELENGGARA KOMPUTER) : Scandisk

Tips ditulis oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

    Scandisk sering dipandang ringan oleh sesetengah pengguna komputer. Mereka lebih mementingkan kerja mereka. Ini memanglah sememangnya tujuan mereka membeli komputer tersebut. Namun, sesebuah komputer masih memerlukan masa untuk diselenggara. Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Scandisk adalah salah satu daripada proses penyelenggaraan yang boleh dikatakan penting untuk mengimbas/menyemak cakera keras (hard drive) anda daripada bad sektor dan kerosakan. Jika kerosakan yang dialami kecil, maka Scandisk akan cuba memperbaikinya tetapi jika kerosakan hard disk telah berlaku maka akan terjadi satu 'cluster' hitam yang bermaksud bad sector. Bad sector adalah ruang hard disk yang telah rosak dan tidak boleh digunakan untuk menyimpan data atau sebarang fail lagi. Bad sector ini boleh dibaiki namun ia memerlukan masa yang panjang dan risiko yang tinggi. Oleh itu, ikutlah pepatah yang boleh dikaitkan dengan situasi ini iaitu, "mencegah lebih daripada mengubati". Lihat bawah

Buka My Computer seperti diatas, seterusnya klik pada cakera keras yang ingin anda imbas (scan). Contohnya drive C:. Klik tetikus kanan dan pilih Properties. Tetingkap hard disk C: akan terpapar.

Seterusnya klik pada Tools dan paparan seperti berikut akan dipapar. Seterusnya, klik pada Check Now. Perlu dimaklumkan bahawa 'interface' (rekabentuk) sistem Windows XP adalah berbeza daripada sistem operasi lain. Windows 98, ME adalah sama. Jika anda menggunakan XP, 'interface' seperti ini akan muncul.

Fungsi Scandisk pada XP dan sistem operasi yang lain adalah sama. Cuma 'modus operandi' adalah berbeza. Tandakan 'tick' pada Automatically fix file system errors dan Scan for and attempt recovery of bad sectors. Seterusnya klik Start.

Paparan seperti diatas akan muncul. Jangan risau, XP yang baru telah menerapkan ciri-ciri yang baru yang hanya boleh diimbas melalui DOS. Klik pada Yes. Kemudian restart komputer anda. Scandisk akan muncul. Biarkan komputer anda selesaikan 'tugas'nya. Proses pengimbasan ini mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu, carilah masa yang sesuai untuk melakukannya. Mungkin pada waktu pagi atau pada waktu malam. Setelah proses Scandisk ini selesai, XP akan terus loading seperti biasa. Anda dapat rasakan sistem anda sedikit 'ringan' daripada sebelumnya. Jika anda ingin 'ringan' lagi. Baca pula bagaimana untuk 'defrag' hard disk anda !

Kembali ke menu

 
 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.