MENUKAR BOOT LOGO UNTUK  WINDOWS XP

Tips ditulis oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

    Adakah anda berasa bosan melihat logo boot yang sama apabila membuka Windows? Jangan pelik kerana ia boleh ditukar. Terdapat pelbagai-bagai perisian yang boleh digunakan untuk menukar boot logo ini. Antaranya ialah BootXP. Namun begitu, terdapat cara yang lama. Perisian tersebut hanya memudahkan anda untuk menukar boot ini. Tidak rugi jika anda membuatnya sendiri bukan berbanding dengan menggunakan perisian 'shareware' (berbayar). Pilihan di tangan anda, jika anda menganggap bawah kerja ini sebagai 'leceh' maka perisian itu adalah untuk anda.

    Pertama sekali. Anda memerlukan satu file ntoskrnl.exe. Ini adalah nama bagi boot logo anda. Dapatkan boot logo daripada http://www.themexp.org Setelah anda memuat turun file tersebut. Unzipkan file tersebut dan letakkannya di tempat yang mudah dicapai seperti C:/boot/ntoskrnl.exe.

    Seterusnya, restart komputer anda. Semasa komputer sedang loading, tekan F8. Paparan akan keluar. Pilih Safe Mode. Kemudian satu paparan akan muncul. Klik OK. Buka My Computer, buka pada directory fail anda tadi iaitu C:/boot/ntoskrnl.exe. Copy ntoskrnl.exe tersebut. Buka My Computer yang baru. Kemudian buka pautan C:/. Buka Windows. Buka system32. Seterusnya klik tetikus kanan dan Paste. Satu tetingkap akan terpapar seperti dibawah.

Klik Yes. Fail tersebut akan diganti dengan yang lama. Tutup semua tetingkap. Restart komputer anda dan anda akan melihat bahawa boot logo anda telah bertukar kepada pilihan anda !! Selamat mencuba !

 

Kembali ke menu

 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.