Dimana saya boleh dapatkan Mp3

Ditulis oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

 
 

   Soalan yang lazim ditanya oleh pengguna baru didalam dunia internet. Terdapat pelbagai-bagai tempat yang anda boleh mendapatkan Mp3. Lagu-lagu baru serta lagu-lagu yang lama. Terpulang kepada anda sendiri untuk memilihnya. Masalahnya.. dimana saya hendak mendapatkannya?

    Terdapat pelbagai-bagai sumber yang anda boleh perolehi .Mp3 ini. Yang paling popular buat masa kini ialah menggunakan perisian. Terdapat pelbagai jenis perisian yang sedang berlumba-lumba bagi mendapatkan jumlah pengguna perisian P2P (Peer 2 Peer) mereka ini. Antaranya adalah Kazaa, iMesh, Grokster dan sebagainya. Namun kebanyakan perisian ini dikaitkan dengan 'spyware'. Maka wujudlah KaZaa Lite yang telah di'modified' oleh pengguna sendiri mengikut cita rasa mereka yang free dari spyware dan iklan. Dapatkannya di http://www.kazaalite.com

 Cara yang seterusnya yang boleh dikatakan kedua popular ialah melalui IRC. Terdapat pelbagai client IRC namun yang paling popular ialah mIRC. Boleh didapati di http://www.mirc.com. Terdapat juga beberapa server yang boleh anda muatturun (download) Mp3 ini. Antara yang popular adalah server Undernet, Dalnet, dan yang terbaru dan semakin popular WebNet. Dibawah akan saya senaraikan beberapa channel yang anda boleh dapati Mp3 dan juga beberapa channel yang turut menawarkan mpg (format klip video).

    Cara ini berkurangan sejak 1 tahun yang lalu. Cara yang saya maksudkan ini adalah mendownload Mp3 melalui laman web. Ya, laman web yang menawarkan Mp3 secara percuma ini masih wujud namun ia sangat berkurangan kerana risiko yang dihadapi serta kos bandwidth yang akan ditanggung oleh server berbanding dengan cara yang sebelumnya. Terdapat beberapa laman web yang anda boleh mendapat Mp3 secara percuma seperti di http://www.jiwang.org (Laman web Malaysia), http://www.emp3finder.com

    Ini adalah pilihan terakhir yang selalunya diambil oleh pengguna yang mempunyai talian yang perlahan seperti dailup yang tidak mampu untuk menunggu lama iaitu dengan membeli di pasaran. Terdapat pelbagai CD Mp3 yang dijual di pasaran. Cara mereka mendapatkan Mp3 tersebut lalu dijual adalah sama juga dengan cara anda memuat turun daripada internet lalu di'transfer' kedalam CD lalu dijual. Dan kadangkala penjual ini membeli CD original lalu menukar kepada file tag .Mp3.

    Terserah kepada anda sendiri untuk memilih antara cara-cara yang telah saya berikan diatas.

SERVER CHANNEL
/server irc.undernet.org 7000 #Mp3malaysia
#Mp3brunei
#mp3zs
/server irc.webchat.org 7000 #mp3zs
#mp3melayu
/server irc.dal.net 6667 #mp3melayu

p/s Cara untuk memuat turun melalui IRC anda boleh ketahui dengan melihat pada topik channel atau dengan meminta bantuan daripada operator.

Kosa Kata
spyware = perisian yang menghantar maklumat pengenalan diri anda kepada mereka tanpa kebenaran anda, contohnya umur dan nama anda.

 

Kembali ke menu

 
 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.