IRC SCRIPTING DI MALAYSIA

Ditulis oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

    Salam sejahtera. Pada artikel kali ini, saya akan menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan IRC Scripting di negara kita, Malaysia. Artikel ini sesuai bagi sesiapa yang mahu berjinak-jinak dengan IRC scripting dan coding. IRC yang bermaksud Internet Relay Chat ialah perisian yang digunakan oleh client untuk connect ke sesuatu server (pelayan) dan client tersebut boleh bersembang dengan semua orang yang sama sambung ke rangkaian tersebut. IRC clien yang paling popular ialah mIRC (multi Internet Relay Chat). Scripting pula bermaksud 'coding' atau programming yang digunakan ditulis pada editor mIRC yang memberi akan arahan kepada mIRC untuk melakukan sesuatu tugas.

    IRC Scripter (Penulis Skrip IRC) daripada Malaysia adalah antara beberapa scripter yang paling popular dan giat membina script (sekerip). Antara script yang dibuat ialah War (Perang), Entertainment (Hiburan), Fun (Seronok), All around (3 dalam satu), Protection (perlindungan) dan sebagainya. Terpulang kepada anda sendiri untuk memilihnya atau anda ingin buat sendiri dengan mengikut cita rasa anda sendiri !

    IRC Scripter daripada Malaysia (juga Singapura & Thailand) kebanyakan terdiri daripada remaja lingkungan 14-30 tahun. Terdiri daripada tuan punya CC (Cybercafe), pelajar sekolah, IT related job (computer technician, admin), dan sebagainya.

    Addons bermaksud tambahan. Addons adalah salah satu elemen dalam pembuatan script. Ini digunakan bagi melengkapkan sekerip anda. Addons ialah tambahan seperti 'upgrade' mIRC anda dengan sesuatu yang baru, seperti mp3 player, popups text, channel protection, query protection dan sebagainya. Membina addons lebih mudah jika dibandingkan dengan membuat sekerip.

    Saya sendiri terlibat dalam IRC scripting dan merasakan ini adalah salah satu perkara yang sangat menyeronokkan. Sehingga sekarang saya mempunyai 8 jenis sekerip unrelease (tak direlease) untuk kegunaan persendirian dan kepada rakan-rakan. Malaysia umpamanya mempunyai pelbagai jenis team, clanz, atau geng yang ber'puak' namun mereka mempunyai satu tujuan yang sama, "mendapat kepuasan dan release tension" dengan IRC.

    Team yang saya maksudkan adalah seperti genGGanja, XiRC, PDRC, BiRC, ku2xteam dan sebagainya. Tidak lupa juga kepada team yang baru seperti PantaiCrew, Exsite Team dan lain-lain. Diharap dengan pengenalan artikel ini dapat menambahkan informasi anda sedikit sebanyak berkaitan dengan IRC Scripting. Sebelum itu, IRC Scripting wujud dimana-mana sahaja, rangkaian mana yang anda masuk, sekurang-kurangnya mempunyai 10 atau lebih kumpulan disitu. Jika anda masih samar-sama berkaitan artikel ini, sila tanyakan soalan anda pada shoutbox.

 

Kembali ke menu

 
 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.