MAINTENANCE (SELENGGARA KOMPUTER) : Defrag

Tips ditulis oleh nara (lex@REMOVE-NO-SPAM.Malaysia.com)

    Ini adalah proses paling penting sekali dalam speeding sistem anda. Defrag adalah proses penyusunan semula fail-fail serta data-data yang terdapat didalam cakera keras (hard disk) anda. Errr... macam mana nak buat ni? Anda tidak perlu risau kerana sistem anda akan membuatkannya untuk anda. Anda hanya perlu memberikan arahannya. Anda mestilah terlebih dahulu Scandisk hard drive terlebih dahulu sebelum defrag. Ini adalah kerana hard drive anda perlu diimbas dari sebarang error terlebih dahulu. Ini adalah perlu kerana hard drive anda mungkin mempunyai sebarang 'error' yang akan menjejaskan proses defrag.

    Proses defrag ini mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda perlu mencari masa yang panjang. Contohnya pada waktu pagi atau waktu malam. Seperti biasa, fungsi ini terdapat untuk sistem 98, ME, 2000, serta yang terbaru XP. Klik pada ikon My Computer dan paparan cakera keras anda akan kelihatan. Klik tetikus kanan pada drive anda, C atau D. Bergantung kepada partion yang anda lakukan. Lihat bawah

Seterusnya..

Seterusnya... klik Tools.

Klik pada Defragment Now.. Paparan dibawah akan muncul.

Pilih cakera keras yang anda ingin defrag. Kemudian klik pada Defragment. Tunggu sehingga habis. Proses ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama bergantung kepada saiz hard drive anda. Anda perlu tutup semua perisian yang sedang dijalankan yang mungkin akan mengambil memory yang lebih dan akan mengakibatkan lack kepada defrag anda. Selepas habis defrag, restart komputer anda. Anda akan rasakan sistem anda lebih 'ringan' daripada sebelumnya. Mudah ?

 

Kembali ke menu

 
Copyright 2004 Projek Dokumentasi Putera.com (PDP). Dibina oleh PDP Web Team. All rights reserved.